View Single Post
  #710  
Old 02-11-2007, 02:07 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Lubang rahsia untuk lolos diri

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 2hb November 2007 :-

Lubang rahsia untuk lolos diri

SUBANG : Rahsia kehilangan secara misteri kumpulan gadis tukang urut di sebuah spa di Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, Subang setiap kali pihak berkuasa menyerbu premis itu terbongkar apabila polis menemui dua lubang rahsia yang menjadi tempat persembunyian mereka.

Lubang rahsia yang boleh memuatkan hampir 20 orang dalam satu-satu masa itu dipercayai dibuat khas oleh pemilik spa sebagai pelindung apabila spa yang terletak di tingkat dua sebuah hotel murah itu diserbu pihak berkuasa.

Malah sebelum ini, lebih lima kali spa di hotel itu diserbu, namun pihak berkuasa gagal menahan gadis tukang urut serta penjaganya kerana mereka ghaib dengan tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata dalam operasi bermula jam 4.45 petang dan berakhir empat jam kemudian itu, polis menahan 22 gadis dipercayai bekerja sebagai tukang urut selain turut menawarkan khidmat seks.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 18 daripada gadis yang ditahan terdiri daripada rakyat China manakala selebihnya Vietnam.

Turut ditahan dalam operasi itu ialah 11 pelanggan dan dua penjaga, iaitu seorang lelaki rakyat tempatan manakala seorang lagi, warga negara Myanmar.

“Sebelum ini kita menerima banyak maklumat membabitkan aktiviti tidak sihat di spa dalam hotel ini, bagaimanapun dalam setiap operasi yang dilakukan kita gagal menahan suspek.

“Bagaimanapun hari ini (semalam) selepas risikan beberapa hari, kita berjaya membongkar aktiviti tidak sihat di sini,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi itu di sini, semalam.

Turut menyertai operasi itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Adnan Md Ikhsan dan 20 anggota MPSJ manakala anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 25 anggota.

Difahamkan spa, dan sebuah restoran terletak di dalam hotel terbabit serta beroperasi sejak setahun lalu tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

Kesemua wanita warga asing dan pelanggan berumur 20 hingga 30-an itu dibawa ke IPD Subang Jaya untuk diambil keterangan. Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 372B kanun keseksaan kerana menawar diri sebagai pelanggan, manakala wanita warga asing turut disiasat kerana melanggar syarat pas lawatan.

Sementara itu, Adnan berkata kesemua 47 bilik yang dibina di dalam spa itu dibuat secara haram dan digunakan untuk tujuan maksiat.

“MPSJ kini sedang mengesan dalang yang menjalankan kegiatan tidak bermoral ini dan pemiliknya boleh didakwa mengikut tiga akta iaitu, Undang-Undang Kecil Hotel, Undang-Undang kecil Pusat Kesihatan dan Undang-Undang Kecil Trend Perniagaan dan Iklan 2007,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork