View Single Post
  #867  
Old 29-03-2008, 04:34 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Seks animasi

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 29hb Mac 2008 :-

Seks animasi

GEORGETOWN : Golongan pelajar terdedah kepada ketagihan kronik ‘seks animasi’ berikutan lambakan permainan video berunsur seksual di pasaran yang boleh dibeli pada harga serendah RM5.

Lebih membimbangkan, permainan sama boleh dimain tanpa sekatan di kebanyakan kafe siber di negeri ini.

Hasil kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati permainan itu kini bertukar menjadi ancaman kepada minda remaja apabila terdapat pelajar berusia antara 13 dan 15 tahun mengaku mendapat kepuasan seksual daripada permainan berkenaan.

Presiden CAP, S M Mohamed Idris, berkata ramai pelajar yang kini menghadapi masalah ketagihan kronik dan menghabiskan berpuluh-puluh ringgit seminggu untuk mengunjungi kafe siber bukannya untuk melayari Internet, sebaliknya bermain permainan berunsur seksual itu.

Menurutnya, antara permainan seksual yang cukup popular di kalangan pelajar sekarang ialah ‘Hentai’, ‘The Sexy Empire’ dan ‘Nasty Anime Game’.

“Kita (CAP) menjalankan siasatan ke atas 15 kafe siber di sekitar bandar ini sejak dua hari lalu selepas mendapat aduan daripada ibu bapa.

“Penemuan daripada siasatan kita cukup menakutkan kerana kafe siber bukan menjadi premis untuk orang ramai mendapatkan maklumat atau sistem perhubungan menerusi Internet.

“Sebaliknya, kafe siber didapati menghidangkan permainan video berunsur seks kepada remaja, terutama pelajar,” katanya pada sidang akhbar di CAP, di sini, semalam.

Malah, katanya, kafe siber juga tidak memasang perisian tapisan untuk menghalang golongan muda daripada mengakses laman web pornografi.

Mohamed berkata, lebih mengejutkan apabila sebuah kafe siber yang dikunjungi pegawai CAP turut menjual minuman keras dan rokok yang boleh dibeli pelajar termasuk masih berpakaian seragam.

“CAP memandang serius masalah dicetuskan kafe siber yang jelas tidak mengikut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, tindakan pengusaha kafe siber ini yang hanya bermotifkan keuntungan, bakal menghadirkan ‘bencana’ ke atas moral remaja kita sekali gus mampu menghancurkan negara pada masa depan,” katanya.

Difahamkan, terdapat lebih 200 kafe siber berlesen di negeri ini dengan jumlah yang haram dipercayai berkali ganda lebih banyak.

Selain daripada siasatan di kafe siber, pegawai CAP turut membeli beberapa permainan video berunsur seksual yang dijual secara terbuka pada harga serendah RM5.

Mohamed berkata, semua maklumat itu disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata polis memandang serius perbuatan menyalah guna premis kafe siber untuk tujuan permainan video berunsur seksual.

“Kita prihatin mengenai masalah ini dan pemantauan serta operasi dilakukan daripada semasa ke semasa,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork