View Single Post
  #714  
Old 07-11-2007, 01:20 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,370
My Reputation: Points: 760 / Power: 13
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Habuan seks

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 6hb November 2007 :-

Habuan seks

KUALA LUMPUR : Seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan cuba memperoleh rasuah dengan mendapatkan habuan seks daripada seorang wanita berusia 40-an, pada 8 Mei lalu.

Tertuduh, Amiruddin Hassan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zamri Ibrahim dan meminta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Amiruddin dari Kampung Sungai Udang, Klang, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya habuan seks daripada seorang pekerja salun berusia 43 tahun.

Tindakan itu sebagai dorongan bagi melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya untuk menyelesaikan kes terhadap mangsa kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9, Tahun 1995 (menyebabkan agama Islam dipandang hina).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik bernombor di sebuah hotel di Jalan Tambi Pillay Off Jalan Tun Sambathan, Brickfields di sini, pada jam 9.15 malam 8 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Nik Azrin Zairin Nik Abdullah.

Terdahulu pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh dibenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi mengelak tertuduh mengganggu saksi, selain seorang penguat kuasa Jais yang ditangkap pihak berkuasa.

Zamri membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Disember depan.

--- KatoeyNewsNetwork
Clicking this will result in you ignoring ALL of this member's posts. Share on Twitter
Don't quote WHOLE POST unnecessarily