View Single Post
  #706  
Old 30-10-2007, 01:27 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Rogol mentua

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 30hb Oktober 2007 :-

Rogol mentua

ALOR STAR : Angkara nafsu syaitan, seorang lelaki sanggup merogol ibu mentuanya yang berusia 47 tahun di sebuah taman perumahan di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan pergi ke rumah ibu mentuanya yang juga seorang ibu tunggal dengan alasan untuk menumpang tidur di situ.

Bagaimanapun, ketika berada di rumah itu, dia mengambil kesempatan merogol ibu mentuanya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Star, Deputi Superintendan Feisal Libertus Abdullah, berkata lelaki terbabit yang mempunyai empat anak berusia di bawah 10 tahun tinggal di Tebengau, Jalan Kuala Kedah-Yan, kira-kira 15 kilometer dari rumah ibu mentuanya.

"Ibu mentuanya tinggal bersendirian di rumah terbabit manakala anak dan isterinya tidak dibawa bersama ke rumah mangsa," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, selepas mendapat aduan mangsa, polis menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

"Suspek ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan," katanya.

--- KatoeyNewsNetwork