View Single Post
  #850  
Old 22-02-2008, 01:40 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Pembantu juruterbang bawa klip video lucah didenda

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 11hb Februari 2008 :-

Pembantu juruterbang bawa klip video lucah didenda

KUALA LUMPUR : Pembantu juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) berusia 25 tahun yang diberkas dan didakwa pihak berkuasa Australia, Khamis lalu, didapati cuba membawa masuk tiga fail klip video lucah bertajuk '10 Years Old' (Gadis 10 tahun), 'High School Students' (Pelajar Sekolah Tinggi) dan 'Raped Virgin' (Perawan Dirogol).

Siasatan turut mendapati satu daripada klip video lucah dirampas memaparkan seorang gadis perempuan berusia bawah 18 tahun menangis selepas dipaksa mengadakan hubungan seks dengan lelaki lebih dewasa.

Berdasarkan bukti itu, juruterbang yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak terbabit didenda oleh Mahkamah Majistret Adelaide kerana membawa bahan lucah membabitkan kanak-kanak dalam komputer peribadinya ke Australia.

Difahamkan ketika ditahan, suspek bertugas sebagai pembantu juruterbang bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Adelaide.

Menurut laporan laman web akhbar Adelaide Advertiser, suspek warga Malaysia itu didakwa kerana membawa masuk bahan terlarang menerusi fail video yang disimpan dalam komputer ribanya.

Difahamkan pegawai kastam Australia menahan suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide namun suspek memberitahu dia tidak membawa barang terlarang untuk diisytiharkan.

Bagaimanapun, pegawai kastam segera memeriksa kandungan komputer riba dibawa suspek sebelum menemui tiga fail video mengandungi aksi pornografi kanak-kanak.

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide sebelum Majistret Simon Smart menjatuhkan hukuman denda A$5,000 (RM15,000) selain komputer riba miliknya dirampas, Jumaat lalu.

Terdahulu pihak pendakwa menganggap bahan pornografi yang dibawa suspek sebagai jijik dan mengaibkan, malah ia didakwa akan memberi kesan terhadap orang berfikiran waras yang menyaksikannya.

Malah, pihak pendakwa menganggap ia bukan satu jenayah yang tidak membabitkan sebarang mangsa kerana setiap video yang memaparkan aksi terbabit ada mempunyai mangsanya tersendiri.

Sementara itu, peguambela pembantu juruterbang terbabit, Stephen Barratt berkata, anak guamnya menerima e-mel video lucah terbabit tetapi tidak pernah menunjukkan kepada sesiapa.

Malah Barratt mendakwa tertuduh didakwa cuai dan video pornografi itu didakwa bukan untuk disebarkan.

Bagaimanapun, alasan itu ditolak pihak pendakwaan dengan alasan tanpa individu seperti tertuduh adalah mustahil video pornografi itu boleh tersebar di pasaran.

Peguambela tertuduh berkata, pertuduhan itu boleh menjejaskan karier anak guamnya sebagai juruterbang MAS selepas menunjukkan peningkatan prestasi sejak beberapa tahun lalu.

"Penangkapan dan pendakwaan dalam tempoh 24 jam terhadap anak guamnya dianggap tidak bertimbang rasa," katanya.

--- KatoeyNewsNetwork