View Single Post
  #749  
Old 19-11-2007, 12:34 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Wanita hotel usang

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 19 November 2007 :-

Wanita hotel usang

MELAKA : Dua hotel murah, di sini, yang disangka sudah tidak lagi beroperasi selepas beberapa kali diserbu pihak berkuasa sejak lebih setahun lalu kerana kegiatan pelacuran dikesan rupanya masih aktif menjalankan kegiatan sama tetapi menggunakan pintu belakang.

Kegiatan itu terbongkar menerusi operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di premis dua tingkat itu, kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Dalam serbuan itu, 14 wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun dipercayai pelacur dan empat lelaki berusia awal 30-an yang juga warga asing ditahan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata lesen pemilik hotel berkenaan sudah dibatalkan tahun lalu oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

Katanya, pintu hadapan hotel berkenaan memang dibiarkan berkunci serta berhabuk sejak sekian lama sehingga tiada siapa menyangka ia sebenarnya masih beroperasi.

"Dalam operasi itu, kami menemui 45 kondom serta 10 kotak `pelicin' yang disorokkan dalam sebuah pasu di premis berkenaan.

"Sembilan wanita yang ditahan dalam serbuan di hotel pertama dan lima lagi di hotel kedua. Semua yang ditahan berasal dari Sabah dan empat daripada mereka adalah bukan Islam," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Operasi satu jam itu diketuai Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Muhamad Yahu Safat Ishak serta disertai 17 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan polis.

Rahimin berkata, setiap bilik di premis berkenaan dilengkapi dengan pendingin hawa, bilik air, katil serta meja solek.

Katanya, semua wanita terbabit dipercayai tinggal di bilik berkenaan berdasarkan barangan peribadi mereka yang ditemui di almari.

"Hotel berkenaan menjadi tumpuan warga asing pada hujung minggu bermula dari petang Jumaat.

Mereka akan memasuki pintu belakang bilik premis berkenaan yang turut dijaga pekerjanya.

"Semua wanita Islam itu akan ditahan mengikut Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana melacurkan diri," katanya.

--- KatoeyNewsNetwork