View Single Post
  #747  
Old 16-11-2007, 04:35 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Bapa ayam kena jel

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 16 November 2007 :-

Bapa ayam kena jel

KUALA LUMPUR : Seorang warga emas memberikan alasan terpaksa menjadi 'bapa ayam' untuk menyara kehidupannya seharian selepas tempoh perkhidmatannya sebagai pembancuh teh di sebuah kedai kopi ditamatkan.

Beh Hock Lee, 56, yang sebelum ini meraih pendapatan RM1,300 sebulan, terpaksa akur dengan ketentuan hidup apabila perkhidmatannya sebagai pembancuh teh tidak diperlukan lagi majikan lamanya kerana mendakwa dia sudah tua.

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, warga emas terbabit mencari jalan singkat dengan menawarkan diri sebagai perantara kepada pelacur dan pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan seks.

Akibat kecetekan pengetahuan mengenai pekerjaan baru dilakukan, warga emas itu cuba mencari pelanggan di kaki lima di Jalan Bukit Bintang di sini, tanpa mempedulikan risiko bakal dihadapi serta tindakan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, ketika mempelawa beberapa lelaki yang lalu-lalang di situ, Beh cuba mendapatkan pelanggan dengan mengeluarkan kata-kata manis kepada seorang anggota polis.

Tindakannya mengeluarkan kata-kata 'Hello taiko, mahu amoi cantikkah? Semua pun ada, bilik banyak cantik, harga baru RM220 saja' menyebabkan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menangkapnya.

Penyamaran polis itu menyebabkan warga emas terbabit ditangkap kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan di Jalan Bukit Bintang dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, kali pertama pada 23 Ogos lalu.

Majistret Aizatul Akmal Maharani dalam keputusannya semalam menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkapan terhadap Beh selepas dia mengaku bersalah menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan.

--- KatoeyNewsNetwork