View Single Post
  #868  
Old 03-04-2008, 08:22 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Markas gelek sampai 5 pagi

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 3hb April 2008 :-

Markas gelek sampai 5 pagi

AMPANG : Beberapa restoran di sekitar Kampung Berembang di sini, kini menjadi markas warga asing, khususnya dari Indonesia, berpesta sambil menari ‘goyang lalok’ bersama pasangan gadis genit secara terbuka tanpa segan silu.

Mereka tidak mengendahkan ketenteraman penduduk sekitar untuk beristirahat pada waktu malam dengan terus berpesta hingga dinihari.

Beberapa penduduk setempat memberitahu, restoran terbabit bukan saja dikenal pasti menjadi markas warga seberang itu berhibur, malah tempat sesetengah mereka menyalahgunakan dadah.

Katanya, pendatang asing terbabit kini semakin besar kepala apabila menghuni rumah bantuan yang disediakan untuk keluarga miskin tempatan.

“Mereka juga didapati mendiami rumah yang sepatutnya diberikan kepada penduduk tempatan secara bebas tanpa bimbang digempur pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, restoran terbabit yang menyediakan kemudahan karaoke terbuka menjadi tempat warga asing itu berhibur sehingga jam 5 pagi.

“Mereka dipercayai mengambil pil khayal sebelum menaiki pentas untuk bergelek bersama gadis genit yang disediakan pemilik restoran,” katanya.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, penempatan yang dimaksudkan ialah rumah panjang berdekatan pangsapuri Seri Nilam di sini, yang disediakan kerajaan menerusi program membasmi kemiskinan.

Namun, lebih menghairankan penduduk itu bagaimana warga asing terbabit boleh menduduki rumah berkenaan walhal beberapa prosedur yang agak ketat perlu dipenuhi sebelum dibenarkan mendiami rumah itu.

“Pihak berkuasa perlu meninjau masalah dihadapi penduduk tempatan yang tinggal di rumah panjang dalam keadaan serba kekurangan ditambah warga asing yang semakin ‘bermaharajalela’.

“Bilangan mereka semakin ramai dari sehari ke sehari tanpa diketahui status mereka,” katanya.

Seorang pengunjung restoran terbabit pula memberitahu, markas gelek itu dipercayai didalangi serpihan anggota kumpulan Metal Jawa yang semakin biadab dan terang-terangan berhibur serta berjudi tanpa sedikitpun gerun dan hormat pada masyarakat tempatan.

Dia juga mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk mematahkan kekebalan mereka yang didakwa pernah melakukan kekerasan terhadap penduduk tempatan.

Wartawan Harian Metro yang menyamar warga tempatan di Kampung Berembang mendapati mereka sering menghabiskan waktu malam di restoran terbabit dengan berlagak persis penduduk tempatan.

Berdasarkan cerita penduduk tempatan, mereka kesal dengan sikap PBT yang mengambil mudah segala laporan yang dibuat.

Sementara itu, jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi semalam, berkata pihaknya akan menyiasat kegiatan terbabit dan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis bagi membendung gejala ini.

“Waktu operasi pusat hiburan ditetapkan tidak boleh melebihi jam 1 pagi dan kedai makan terbabit mengingkari arahan.

“Kami akan menyiasat perkara itu dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan,” katanya.

--- KatoeyNewsNetwork