View Single Post
  #685  
Old 25-09-2007, 05:24 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Potong 'anu' suami

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 25hb September 2007 :-

Potong 'anu' suami

JOHOR BAHRU : Seorang wanita yang berang dengan tindakan suaminya bernikah seorang lagi sanggup memotong kemaluan lelaki itu dengansebilah pisau.

Dia bertindak demikian selepas mengadakan hubungan seks dengan suaminya yang berusia 43 tahun di rumah kongsi di tapak pembinaan Taman Pulai Flora,
Kangkar Pulai di sini, kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

Lelaki yang juga peniaga kedai makan di rumah kongsi berke-naan, bagaimanapun bernasib baik apabila kemaluannya tidak putus.Dia yang terkejut dengan tindakan isteri segera melarikan diri dalam keadaan kesakitan.Namun, dia masih mampu menunggang motosikal sendirian untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dan menerima 11 jahitan bagi memulihkan kecederaan di kemaluan.

Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya,Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata si isteri yang berusia 48 tahun dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakansuaminya berkahwin dengan seorang wanita lebih muda, iaitu berusia awal 30an.

Katanya, walaupun dirawat sebagai pesakit luar, mangsa terpaksa menerima 11 jahitan di kemaluan.Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai.

"Bertindak atas maklumat itu,kami melakukan serbuan ke rumah kongsi itu sebelum menahan isteri mangsa, iaitu seorang warga Indonesia untuk membantu siasatan.

"Wanita itu kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan sabit kesalahan,boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda,"katanya.

Kejadian yang menimpa mangsa seakan-akan sama dengan kejadian menimpa John Wayne Bobbit yang kemaluannya juga dipotong isteri, Lorena Bobbit,menggunakan pisau akibat curang di New Jersey, Amerika Syarikat pada 1993.

--- KatoeyNewsNetwork