View Single Post
  #713  
Old 07-11-2007, 02:16 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 19
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Hotel bajet maksiat di Seremban

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 6hb November 2007 :-

Hotel bajet maksiat di Seremban

SEREMBAN : Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengesan segelintir remaja di negeri ini menjadikan hotel bajet di sekitar daerah ini dan Port Dickson sebagai lokasi memadu kasih dan mengadakan hubungan seks.

Jurucakap JHEAINS berkata, golongan itu memilih hotel bajet kerana dikatakan lebih selamat berbanding taman perumahan atau dalam kenderaan.

Katanya, tindakan itu dikesan selepas sepasang remaja berusia lingkungan 20-an ditahan di sebuah hotel bajet di Port Dickson tiga hari lalu ketika berdua-duaan di bilik hotel itu pada kira-kira jam 4 pagi.

"Berdasarkan keterangan dan alamat kediaman, mereka berasal dari Senawang dekat Seremban. Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana kesalahan berkhalwat atau cubaan melakukan persetubuhan haram yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya di sini, semalam.

Jurucakap JHEAINS berkata, berdasarkan siasatan, terdapat beberapa hotel bajet lain turut menjadi tempat golongan remaja melakukan perbuatan maksiat kerana kadar bayaran yang dikenakan adalah rendah antara RM30 hingga RM50 sehari.

Selain itu, katanya, mereka dikatakan mendapat kerjasama pihak pengurusan hotel itu yang merahsiakan aktiviti mereka daripada pengetahuan pihak berkuasa demi kepentingan perniagaan.

"Dalam tempoh satu hingga dua minggu ini, kami sudah mengesan beberapa remaja yang membawa pasangan masing-masing memasuki hotel bajet di Seremban dan Senawang tetapi tidak dapat menahan mereka kerana tidak mendapat kerjasama pengurusan hotel terbabit.

"Mereka dipercayai menginap di hotel terbabit dalam tempoh singkat antara satu dan dua jam sebelum keluar semula bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi mencegah maksiat di hotel terbabit dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti itu tidak berleluasa.

"Kami akan memperhebatkan operasi di hotel terbabit kerana dikhuatiri akan mempengaruhi lebih ramai remaja terjebak lebih-lebih lagi daripada kalangan pelajar sekolah menengah," katanya.

--- KatoeyNewsNetwork